Saturday, September 11, 2010

Jami'ah
Shukri
harian.co
HISHAMMUDDIN mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Warga Asing Peringkat Menteri di Bangunan Parlimen, kelmarin.
Berita Harian I 19 Mac 2010
Kerajaan optimis tangani isu pendatang asing secara holistik
Lambakan warga asing kian meresahkan rakyat tempatan selain soal kebimbangan terhadap ancaman serta membebankan negara
MENEMPATKAN pekerja asing khususnya
dalam sektor pembinaan,
pembuatan, perkhidmatan dan pembantu
rumah masih menjadi keperluan majikan
di negara ini bagi melicinkan operasi
perjalanan sektor terbabit. Kebergantungan
negara kepada tenaga kerja warga asing sehingga
Februari lalu dalam pelbagai sektor
dianggarkan berjumlah 1.8 juta orang.
Secara keseluruhan, seramai 26.1 juta warga
asing memasuki negara ini termasuk status
sebagai pelancong, pekerja, diplomat, pemegang
pas pekerja jangka pendek, pemastautin,
pelajar dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai
Pelarian (UNHCR). Daripada jumlah itu, 2.4
juta adalah warga asing lain yang tinggal
untuk tempoh jangka panjang.
Seberapa banyak jumlah statistik yang dicatatkan
setiap tahun mengenai kehadiran
pendatang asing itu sama ada yang bekerja
atau melancong, tetap memberikan implikasi
positif dan negatif terhadap Malaysia. Cuma,
apabila kelonggaran kerajaan terhadap kebenaran
kemasukan rakyat asing ke negara ini
khususnya bagi tujuan bekerja, ada Pula kalangan
mereka yang mengambil kesempatan
terus tinggal selesa di sini berikutan kemakmuran
dan mudahnya meraih kekayaan.
Justeru, ramai juga pendatang yang sanggup
bergadai nyawa untuk tinggal secara haram
dan terus bekerja di sini sehingga jumlahnya
amat ramai dan akhirnya menimbulkan keresahan
warga tempatan selain soal kebimbangan,
ancaman serta membebankan negara.
Mereka turut dikaitkan dengan bebanan
ekonomi kepada negara dan pencabulan hak
asasi manusia jika tindakan diambil sewenang-
wenangnya.
Apa yang jelas, kemasukan pekerja asing
juga boleh mendatangkan implikasi negatif
kepada negara seperti ancaman keselamatan,
bebanan ekonomi dan pencabulan hak asasi
manusia. Justeru, dalam mesyuarat Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan
Pendatang Tanpa Izin yang dipengerusikan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, pada 22 Februari lalu memutuskan
untuk menubuhkan Makmal Pengurusan Warga
Asing. Ia bertujuan mencari kaedah penyelesaian
secara holistik untuk menangani
isu berhubung warga asing di Malaysia khususnya
mengelakkan lambakan pendatang
asing tanpa izin daripada terus berleluasa.
Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri
(KDN) dan Kementerian Sumber Manusia
akan terus bekerjasama dalam isu berkaitan
isu pendatang asing dan pendatang asing tanpa
izin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, ketika mesyuarat khas Pengurusan
Warga Asing Peringkat Menteri, kelmarin
optimis mahu isu pendatang asing dan
pendatang asing tanpa izin di negara ini dapat
ditangani dengan lebih berkesan untuk mengelak
kesan jangka panjang kepada negara.
Katanya, lazimnya, kehadiran warga asing
khususnya pelancong, pelajar dan pekerja
asing hanya dilihat dalam konteks manfaat
ekonomi yang diperoleh negara semata-mata,
sebaliknya juga memberi implikasi negatif
lain.
Kerajaan juga terus berusaha untuk memastikan
permasalahan berkaitan pekerja
asing khususnya yang tinggal secara haram
dapat ditangani dengan efektif. Permasalahan
lain, umpamanya isu pencabulan hak asasi
manusia seperti aspek kebajikan dan layanan
kepada pekerja asing yang berada di negara ini
perlu juga diberi perhatian selain mengatasi
pemerdagangan orang.
"Dalam hal ini, kerajaan memutuskan mengambil
tindakan serta-merta memeriksa ke
premis majikan yang mengaji pekerja asing di
sektor terbabit untuk memastikan maj ikan
menjaga kebajikan dari aspek pembayaran
gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran
tempat kerja.
"Pada masa sama, majikan juga perlu mematuhi
standard perburuhan dan langkah perlindungan
di dasar dan undang-undang buruh.
Pemeriksaan itu akan membabitkan Jabatan
Tenaga Kerja (JTK), polis, Jabatan Imigresen
dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
Mengenai makmal Pengurusan Warga
Asing, Hishamuddin berkata, pelaksanaannya
bermula 23 Mac ini hingga 23 April depan di
KDN membabitkan kerjasama 14 kementerian
dan 11 jabatan serta agensi.
"Kita juga mengenal pasti 33 organisasi dan
pertubuhan untuk menyertai makmal itu sebagai
'syndication partner'," katanya sambil
mempelawa semua pihak mempunyai kepentingan
dalam isu warga asing dijemput menawarkan
diri menyertai makmal itu.
"Saya yakin penubuhan makmal itu yang
dianggotai setiap kementerian dan agensi kerajaan
dengan pengurusan warga asing, mampu
menjadi platform bagi mencari strategi
penambahbaikan serta memperhalusi tanggungjawab
masing-masing dengan lebih berkesan
dan tersusun," katanya.
Pada masa sama, kerajaan pada peringkat
akhir kajian berkaitan pelaksanaan pindaan
Akta Pemerdagangan Orang 2007 (Atip) untuk
memasukkan elemen penyeludupan manusia
dan sekali gus dapat melengkapkan Pelan Tindakan
Nasional berkenaan.
Maklum balas Persekutuan Maj ikan-Majikan
Malaysia (MEF) mengenai langkah terbaru
itu, menyifatkan tindakan itu bagus untuk
memastikan isu majikan dan pekerja asing
diletakkan di landasan betul.
Bagaimanapun, MEF mencadangkan supaya
kerajaan memberikan fokus lebih khusus untuk
menangani pelbagai isu berkaitan permasalahan
warga asing terutama berkaitan
dengan kebanjiran pekerja asing tanpa izin
daripada membuat pemeriksaan di semua premis
untuk mengesan majikan menjaga kebajikan
pekerja asing.
MEF berpendapat, tugas pemeriksaan terhadap
premis yang menggaji pekerja asing
untuk memastikan majikan mematuhi terma
termasuk persekitaran kesihatan di tempat
kerja sudah mencukupi jika dilakukan oleh
JTK.
Gerakan penguatkuasaan bersepadu membabitkan
agensi lain seperti polis, Jabatan
Imigresen dan PBT dianggap kurang sesuai
hanya untuk memeriksa majikan mematuhi
prosedur atau sebaliknya.
Adalah lebih bermanfaat sekiranya gerakan
penguatkuasaan bersepadu membabitkan pelbagai
agensi dilakukan untuk mengesan isu
lebih berat membabitkan pendatang asing.
FAKTA NOMBOR
1.8
juta
Tenaga kerja asing di Malaysia
sehingga Februari 1010
26.1
juta
Warga asing masuk ke Malaysia
dengan pelbagai status sehingga
31 Disember 2009
2.4
juta
Warga asing tinggal di Malaysia
jangka panjang
Ketua Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan,
berkata, pihaknya berpendapat fokus utama
negara sekarang adalah untuk menangani pekerja
asing tanpa izin, memperketatkan pemantauan
kemasukan pekerja asing, memeriksa
pekerja asing yang sudah tamat tempoh,
tetapi tinggal lama lama secara haram.
Katanya, semua permasalahan isu di atas
sebenarnya yang mengheret segala punca
membabitkan pekerja asing seperti terbabit
dengan jenayah, pemerdagangan orang, keruntuhan
moral mereka dan majikan mengambil
kesempatan ke atas pekerja.
"Jika ingin melihat sama ada majikan tidak
bayar gaji atau gagal patuhi terma lain, tidak
perlu babitkan operasi bersepadu kerana itu
adalah di bawah bidang kuasa JTK.
"Saya bimbang operasi membabitkan pelbagai
agensi itu tidak akan mencapai matlamatnya.
Bagi saya operasi dengan agensi lain
itu lebih sesuai dilakukan bagi misi memeriksa
kebanjiran pekerja asing tanpa izin,"Iatanya.
Malah, operasi besar-besaran membabitkan
pelbagai agensi itu perlu dilakukan secara
agresif dan berterusan, bukannya mengikut
musim.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Ahli Majlis
Pengguna Negara, Datuk Nadzim Johan, mahu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna serta agensi berkaitan
melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih
aktif untuk mengesan majikan yang menggunakan
taktik pemakaian tudung atau songkok
kepada pekerja asing berkhidmat di sektor
perkhidmatan seperti di restoran dan kedai
kopi untuk memberi keyakinan bahawa premis
mereka halal.
Katanya, tindakan majikan itu sah tidak
bertanggungjawab untuk mengelirukan orang
ramai khususnya orang Islam bahawa premis
mereka ditanggung halal selain meletakkan
sijil halal yang ada kalanya tidak diiktiraf
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kita mahu kerajaan menguatkuasakan Akta
Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) yang
boleh mensabitkan terhadap majikan yang mengambil
kesempatan mengabui mata masyarakat
terhadap istilah halal itu," katanya.
KEMAKMURAN dan mudahnya meraih kekayaan punca warga asing mengambil kesempatan untuk
terus tinggal di Malaysia.
KERJASAMA pelbagai agensi berkaitan pendatang haram perlu dilakukan secara agresif
dan berterusan.

Muhamad azaharun azaha bin abdul aziz
206458

Wednesday, August 18, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Pengenalan kedatangan pendatang asing

Pendatang asing adalah kedatangan sekumpulan manusia atau seseorang dari sesuatu negara ke negara lain dengan tujuan khusus. Pendatang asing dapat dikategori kepada dua kelompok iaitu pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin(PATI). Pendatang asing yang sah adalah orang yang mendapat keizinan dari negara yang ingin dilanjut berdasarkan Akta dan peraturan yang ditentapkan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin(PATI) adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan dari negara tersebut dan memasuki secara haram


NAMA:Suci Andika Junaidi
Nombor Matrik:203446
DPP: MAS

Jumlah Pendatang Asing Datang dari Negara Jiran




NAMA : Lim Yong Khang
Nombor Matrik: 206248
DPP : SME Bank

Punca-punca kedatangan pendatang asing

Salah satu punca ialah kekurangan pekerja di pelbagai sektor dalam Malaysia seperti sektor pertanian, perladangan dan pembinaan. Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor pertanian, perladangan dan pembinaan kerana kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan. Penduduk tempatan mempunyai pilihan untuk bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak bahaya. Oleh itu,majikan tempatan terpaksa mengambil pekerja asing untuk bekerja di sektor-sektor tersebut supaya tidak berlaku kekosongan.

Selain itu,majikan tempatan suka menggaji mereka disebabkan gaji mereka lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Dengan kos upah yang rendah, majikan tempatan boleh menjimatkan kos pengeluaran dan mendapat keuntungan yang lebih lumayan. Sebaliknya, pekerja tempatan meminta gaji yang tinggi dan kebajikan untuk melindungi mereka, menyebabkan majikan tempatan perlu membelanjakan sejumlah wang untuk perbelanjaan bagi kepentingan pekerja dan mengurangkan keuntungan majikan.


NAMA: Ang Pey Wen
Nombor Matrik: 206483
DPP: Muamalat

Di samping itu, kemiskinan dan pengangguran di negara asal pendatang asing. Mereka terpaksa bekerja di negara kita untuk menyara seisi keluarga di kampung mereka yang miskin. Kebanyakan pekerja asing di Malaysia merebut peluang sebaik mungkin untuk mengumpulkan wang dan harta kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka. Disebabkan kemiskinan dan pengangguran di negara asal mereka, pekerja asing rela bekerja apa saja dan tidak kira berapa yang dibayar kerana di dalam negera mereka tidak mempunyai pekerjaan. Walaupun bekerja membanting tulang, diperlakukan sangat hina, dan kadang dianiaya serta di perkosa, sebahagian besar dari mereka tetap memilih bekerja di luar negara daripada menganggur di kampung-kampung.


NAMA:Muhamad Zawawi bin Abdul Razak
Nombor Matrik:206343
DPP: TM

Kebaikan kemasukan pendatang asing

Kesan positif akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia

• Mempercepat proses pembangunan Negara.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan infrastruktur, dan prasaran yang sistematik.oleh itu, kesemua ini perlu di bangun dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan Negara.dalam usaha untuk mencapai misi tersebut,keperluan tenaga buruh diperlukan kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan Negara.sungguhpun begitu,Malaysia menalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabklan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar dari luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat.

• Mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan dan pertanian.

Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan. Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi negative terhadap pembangunan ekonomi negara.Namun begitu, Industri sawit dijangka akan menghadapi masalah pertumbuhan pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya. Hal ini disebabkan kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun perladangan.



NAMA: Yuda Melisa
Nombor Matrik: 203432
DPP: MAS




Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia saban hari semakin meningkat.Hal ini berlaku kerana hidup ataupun punca lain yang menyebabkan mereka perlu berhijrah dari negara asal. Walau bagaimanapun, hal ini juga memberi manfaat kepada Malaysia .

Antara kebaikan akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia :


1) Pertukaran teknologi

Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negera memperlajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu .

2) Menaikkan imej negara

Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Contohnya mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang .

3) Dapat meningkatkan produktiviti negera

Kemasukan pendatang asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkat lagi produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global.


NAMA: Muhamad Azaharun Azaha bin Abd Aziz
Nombor Matrik: 206458
DPP: TM