Wednesday, August 18, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Pengenalan kedatangan pendatang asing

Pendatang asing adalah kedatangan sekumpulan manusia atau seseorang dari sesuatu negara ke negara lain dengan tujuan khusus. Pendatang asing dapat dikategori kepada dua kelompok iaitu pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin(PATI). Pendatang asing yang sah adalah orang yang mendapat keizinan dari negara yang ingin dilanjut berdasarkan Akta dan peraturan yang ditentapkan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin(PATI) adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan dari negara tersebut dan memasuki secara haram


NAMA:Suci Andika Junaidi
Nombor Matrik:203446
DPP: MAS

Jumlah Pendatang Asing Datang dari Negara Jiran




NAMA : Lim Yong Khang
Nombor Matrik: 206248
DPP : SME Bank

Punca-punca kedatangan pendatang asing

Salah satu punca ialah kekurangan pekerja di pelbagai sektor dalam Malaysia seperti sektor pertanian, perladangan dan pembinaan. Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor pertanian, perladangan dan pembinaan kerana kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan. Penduduk tempatan mempunyai pilihan untuk bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak bahaya. Oleh itu,majikan tempatan terpaksa mengambil pekerja asing untuk bekerja di sektor-sektor tersebut supaya tidak berlaku kekosongan.

Selain itu,majikan tempatan suka menggaji mereka disebabkan gaji mereka lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Dengan kos upah yang rendah, majikan tempatan boleh menjimatkan kos pengeluaran dan mendapat keuntungan yang lebih lumayan. Sebaliknya, pekerja tempatan meminta gaji yang tinggi dan kebajikan untuk melindungi mereka, menyebabkan majikan tempatan perlu membelanjakan sejumlah wang untuk perbelanjaan bagi kepentingan pekerja dan mengurangkan keuntungan majikan.


NAMA: Ang Pey Wen
Nombor Matrik: 206483
DPP: Muamalat

Di samping itu, kemiskinan dan pengangguran di negara asal pendatang asing. Mereka terpaksa bekerja di negara kita untuk menyara seisi keluarga di kampung mereka yang miskin. Kebanyakan pekerja asing di Malaysia merebut peluang sebaik mungkin untuk mengumpulkan wang dan harta kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka. Disebabkan kemiskinan dan pengangguran di negara asal mereka, pekerja asing rela bekerja apa saja dan tidak kira berapa yang dibayar kerana di dalam negera mereka tidak mempunyai pekerjaan. Walaupun bekerja membanting tulang, diperlakukan sangat hina, dan kadang dianiaya serta di perkosa, sebahagian besar dari mereka tetap memilih bekerja di luar negara daripada menganggur di kampung-kampung.


NAMA:Muhamad Zawawi bin Abdul Razak
Nombor Matrik:206343
DPP: TM

Kebaikan kemasukan pendatang asing

Kesan positif akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia

• Mempercepat proses pembangunan Negara.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan infrastruktur, dan prasaran yang sistematik.oleh itu, kesemua ini perlu di bangun dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan Negara.dalam usaha untuk mencapai misi tersebut,keperluan tenaga buruh diperlukan kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan Negara.sungguhpun begitu,Malaysia menalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabklan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar dari luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat.

• Mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan dan pertanian.

Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan. Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi negative terhadap pembangunan ekonomi negara.Namun begitu, Industri sawit dijangka akan menghadapi masalah pertumbuhan pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya. Hal ini disebabkan kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun perladangan.



NAMA: Yuda Melisa
Nombor Matrik: 203432
DPP: MAS




Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia saban hari semakin meningkat.Hal ini berlaku kerana hidup ataupun punca lain yang menyebabkan mereka perlu berhijrah dari negara asal. Walau bagaimanapun, hal ini juga memberi manfaat kepada Malaysia .

Antara kebaikan akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia :


1) Pertukaran teknologi

Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negera memperlajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu .

2) Menaikkan imej negara

Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Contohnya mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang .

3) Dapat meningkatkan produktiviti negera

Kemasukan pendatang asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkat lagi produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global.


NAMA: Muhamad Azaharun Azaha bin Abd Aziz
Nombor Matrik: 206458
DPP: TM

Keburukan kemasukan pendatang asing

Kemasukan pendatang asing juga membawa pelbagai penyakit seperti HIV,AIDS,penyakit kelamin,dan tibi.Penyakit berbahaya ini dimunculkan kerana pendatang asing tanpa izin ke negara kita tidak dipemeriksaan kesihatan berbanding dengan pendatang asing tanpa izin berasal dari kawasan mundur di negara asalnya.Statistik telah menunjukkan kadar bilangan penduduk tempatan yang menghidap penyakit seperti penyakit tibi semakin meningkat.Di samping itu,penyakit HIV juga diperluaskan oleh pendatang asing yang sah dalam negara kita disebabkan hubungan seksual mereka dengan pelacur tempatan menyebabkan mempercepatkan jangkitan AIDS.


Di sampingan itu,pencemaran seperti udara dan air serta perubahan topografi semakin bertambah akibat kemasukan pendatang asing.Upah pendapatan pekerja asing adalah rendah menyebabkan mereka tidak mampu menyewakan rumah,maka mereka bertinggal di kawasan rumah setinggan.Perubahan topografi akan berlaku apabila hutan-hutan ditukar menjadi kawasan rumah setinggan.Hal ini akan menjejaskan imej bandar tersebut seperti Bandar Kuala Lumpur.Selain itu, pencemaran air dan udara juga berlaku.Kewujudan rumah setinggan yang tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas seperti tempat pembuangan sampah,tandas,air kumbahan dan longkang telah menyebabkan pencemaran udara berlaku.Hal ini disebabkan mereka tidak ada tempat yang membuang sampah menyebabkan sampah dibiar dan mewujudkan pelbagai bau dimunculkan dalam kawasan tersebut.


NAMA: Leong Shi Cong
Nombor Matrik: 206476
DPP: SME Bank


Salah satu keburukan pedatang asing ke Malaysia ialah nenimbulkan masalah jenayah. Kes-kes jenayah seperti, meragut, merompak, merogol dan mencuri memang tidak dapat dinafikan semakin berleluasa. Walaupun semua jenayah ini bukan semestinya berkaitan dengan pendatang asing tetapi hubunganny dengan pendatang asing juga tidak dapat dipisahkan. Kegiatan-kegiatan jenayah yang sering berlaku bukan sahaja mengancam keselamatan diri sendiri malahan juga akan menjejaskan imej negara kita. Kegiatan-kegiatan jenayah semakin serius akan membimbangkan semua lapisan masyarakat tidak mengira orang itu lelaki atau perempuan, muda atau tua, kaya atau miskin juga akan menjadi salah satu mangsa yang tidak berdosa. Contohnya, apabila pendatang asing menghadapi masalah kewangan, mereka akan merompak atau mencuri wang untuk menyelesaikan masalah mereka. Akhir kata, salah satu keburukan pendatang asing ialah menimbulkan masalah sosial iaitu jenayah.


Selain itu, pendatang asing datang ke Malaysia juga akan menyebabkan pendapatan negara berkurang. Tidak dapat dinafikan punca utama pendatang asing datang ke Malaysia ialah untuk bekerja dan mencari rezeki. Senario ini telah menyebabkan wang tempatan mengalir ke negara asal mereka.Ini kerana apabila mereka mendapat gaji, mereka mestinya mengirim sebahagian duit gajinya balik ke negara asal mereka bagi keluarga mereka. Hal ini, telah menyebabkan pendapatan negara setiap tahun merugi beribu-ribu juta dalam keadaan ini. Jika fenomena ini terus berlaku lagi dan tidak ada pihak yang mengambil tindakan yang sewajar, saya percayaila suatu hari nanti ekonomi negara juga akan terjejas disebabkan oleh sistuasi ini.


NAMA: Chuah Guan Peng
Nombor Matrik: 206468
DPP: SME Bank

Langkah-langkah untuk mengawal kemasukan pendatang asing.

Langkah-langkah untuk membendung kehadiran PATI, pihat berkuasa sewajarnya harus meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut perlu lebih gait mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohoi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang asing tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.

Langkah seterusnya ialah pihak polis haruslah menguatkuasa undang-undang. Pihak berkuasa haruslah menghukum dan mendenda firma-firma yang mengupah pekerja asing tanpa izin seperti menghukum penjara atau mendendakan wang ringgit serta mengantungkan lessen perniagaan. Selain itu, para pendatang asing tanpa izin yang ditahan tidak boleh menghukumkan sebarang tindakan atas undang-undang sebaliknya harus menghantar baliknya dan menaraikan nama hitam mereka yang ditangkap supaya tidak boleh memasuki negara kita lagi.


NAMA: Lim Yong Khang
Nombor Matrik: 206248
DPP: SME Bank


Di samping itu, semua pihak berkuasa sewajarnya melipat ganda operasi-operasi mengesan, menahan, dan menghantar balik semula pekerja asing tanpa izin ini. Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasi-operasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun kejayaan dan keberkesanan operasi seumpamanya ini amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.

kerjasama masyarakat umpama aur dengan tebing juga salah satu pendekatan murni bagi mengatasi kebanjiran pendatang asing secara berleluasa di negara kita. Pihak majikan perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengurangkan kemasukan mereka. Sesungguhnya, sikap acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah mengupah pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja.


NAMA: Edrin Steel
Nombor Matrik: 206432
DPP: MAS

Monday, August 16, 2010

Kesimpulan

Sememangnya Malaysia memerlukan tenaga kerja asing dalam membangunkan negara. Kemasukan pendatang asing dapat membawa kebaikan kepada negara kita dan pada masa yang sama juga akan menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupan dan keamanan negara kita. Oleh itu, kerajaan harus mengambil langkah-langkah dengan mengawal pengambilan tenaga kerja asing secara ketat untuk menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin .Sekiranya, langkah-langkah tertentu tidak dapat diambil dengan secepat mungkin, masalah-masalah ini akan menimbulkan implikasi negatif terhadap sistem sosial, ekonomi, politik, ketenteraman negara dan lain-lain lagi.



NAMA: Lee Geik Kia
Nombor Matrik: 206453
DPP: Muamalat

Sunday, August 1, 2010