buletin

Loading...

Tuesday, August 17, 2010

Kebaikan kemasukan pendatang asing

Kesan positif akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia

• Mempercepat proses pembangunan Negara.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan infrastruktur, dan prasaran yang sistematik.oleh itu, kesemua ini perlu di bangun dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan Negara.dalam usaha untuk mencapai misi tersebut,keperluan tenaga buruh diperlukan kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan Negara.sungguhpun begitu,Malaysia menalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabklan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar dari luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat.

• Mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan dan pertanian.

Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan. Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi negative terhadap pembangunan ekonomi negara.Namun begitu, Industri sawit dijangka akan menghadapi masalah pertumbuhan pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya. Hal ini disebabkan kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun perladangan.



NAMA: Yuda Melisa
Nombor Matrik: 203432
DPP: MAS




Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia saban hari semakin meningkat.Hal ini berlaku kerana hidup ataupun punca lain yang menyebabkan mereka perlu berhijrah dari negara asal. Walau bagaimanapun, hal ini juga memberi manfaat kepada Malaysia .

Antara kebaikan akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia :


1) Pertukaran teknologi

Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negera memperlajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu .

2) Menaikkan imej negara

Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Contohnya mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang .

3) Dapat meningkatkan produktiviti negera

Kemasukan pendatang asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkat lagi produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global.


NAMA: Muhamad Azaharun Azaha bin Abd Aziz
Nombor Matrik: 206458
DPP: TM

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. meskipun kedatangan pendatang asing membawa dampak buruk, tapi pendatang asing juga membawa banyak dampak postif terhadap negara malaysia. oleh sebab itu pihak kerajaan juga harus memperhatikan kesejahteraan dan keselamatan pendatang asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Realitinya majikan lebih suka ambil,pekerja asing kerana:
      1.boleh bayar upah murah
      2.kurang ponteng
      3.boleh kerja long hours dalam satu hari.

      Jika tiada kawalan oleh kerajaan kita akan dapati semua sektor ekonomi akan dimonopoli tenaga kerja asing disebabkan faktor2 diatas.Kesannya negatifnya :
      1.gaji pekerja warganegara Malaysia rendah.kerana persaingan dengan pekerja asing.
      2. Syarikat tidak berminat untuk menggunakan teknologi tinggi(kurang innovasi)
      3.aliran tunai kenegara luar tidak membantu kerancakan ekonomi dalam negara.
      4.Harga barang asas akan turut meningkat.
      3.

      Delete
  3. thanks . akhirnya siap juga cari kebaikkan kemasukkan pendatang asing ke negara Malaysia :)

    ReplyDelete
  4. jangan asyik cari kebaikan saje keburukan pun mesti ada.seperti juga dengan makanan kena balance kerana jika terlebih makan pun tidak bagus dan boleh jadi racun.

    ReplyDelete