Tuesday, August 17, 2010

Punca-punca kedatangan pendatang asing

Salah satu punca ialah kekurangan pekerja di pelbagai sektor dalam Malaysia seperti sektor pertanian, perladangan dan pembinaan. Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor pertanian, perladangan dan pembinaan kerana kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan. Penduduk tempatan mempunyai pilihan untuk bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak bahaya. Oleh itu,majikan tempatan terpaksa mengambil pekerja asing untuk bekerja di sektor-sektor tersebut supaya tidak berlaku kekosongan.

Selain itu,majikan tempatan suka menggaji mereka disebabkan gaji mereka lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Dengan kos upah yang rendah, majikan tempatan boleh menjimatkan kos pengeluaran dan mendapat keuntungan yang lebih lumayan. Sebaliknya, pekerja tempatan meminta gaji yang tinggi dan kebajikan untuk melindungi mereka, menyebabkan majikan tempatan perlu membelanjakan sejumlah wang untuk perbelanjaan bagi kepentingan pekerja dan mengurangkan keuntungan majikan.


NAMA: Ang Pey Wen
Nombor Matrik: 206483
DPP: Muamalat

Di samping itu, kemiskinan dan pengangguran di negara asal pendatang asing. Mereka terpaksa bekerja di negara kita untuk menyara seisi keluarga di kampung mereka yang miskin. Kebanyakan pekerja asing di Malaysia merebut peluang sebaik mungkin untuk mengumpulkan wang dan harta kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka. Disebabkan kemiskinan dan pengangguran di negara asal mereka, pekerja asing rela bekerja apa saja dan tidak kira berapa yang dibayar kerana di dalam negera mereka tidak mempunyai pekerjaan. Walaupun bekerja membanting tulang, diperlakukan sangat hina, dan kadang dianiaya serta di perkosa, sebahagian besar dari mereka tetap memilih bekerja di luar negara daripada menganggur di kampung-kampung.


NAMA:Muhamad Zawawi bin Abdul Razak
Nombor Matrik:206343
DPP: TM

7 comments:

  1. terima kasih untuk maklumatnya ... follow blog saya :)

    ReplyDelete
  2. tetapi..pendatang asing suka ambil; kesempatan terhadap tempatan iaitu suka menaikkan harga pembinaan rumah yg mahal.kalau tdk ikut mungkin mereka akan melakukan jenayah pembunuhan.contohnya yg berlaku sekarang di taman perumahan menggatal sebab pendatang asing yg bina perumahan tersebut sehingga bayaran pendahuluan mereka minta sebanyak 50,000 tnpa pengetahuan dan kebenran dari pihak kerajaan.sekian..

    ReplyDelete